Tuesday, 31 January 2017

BEZA MAKSUD CATAN DAN LUKISAN

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Semalam saya berkesempatan melepak bersama geng seni yang seorang ini. Beliau juga merangkap sepupu saya. Kami sama sama meminati seni. 
.

Walaupun begitu, sepupu saya ini lebih tinggi ilmu seni nya. Beliau merupakan lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang seni.
.

Sedangkan saya hanya belajar seni secara sambil sambil sahaja. Hanya mengikuti pengajian didalam bidang Penulisan Al Quran.
.

Sewaktu bersembang sambil menemani anak buah memancing ikan, beliau memberitahu perkataan yang biasa ahli seni kaligrafi gunakan. Saya menyebut 'lukisan kaligrafi'  seperti yang biasa disebut ramai.
.

" sebenarnya, bukan lukisan kaligrafi, sepatutnya catan kaligrafi," nyatanya.

" ya lah kan," kata saya. Dalam hati terfikir juga ada benarnya itu. Seingat saya dulu, guru seni catan, Pak Saheh, ada menyebut tentang catan dan lukisan.
.

Oh, kiranya orang sudah salah faham. Termasuk saya yang terbiasa menyebutnya. Mengapa tiada yang membetulkannya. Atau isu ini nampak tidak begitu serius bagi penggiat seni khat.
.

" Lukisan itu bermaksud hasil kerja seni menggunakan media kering. Contohnya, pensil, crayon, pensil warna, arang, dan pen," jelasnya.

"Sedangkan Catan bermaksud hasil kerja seni yang menggunakan bahan pewarna atau cat. Ia satu teknik menyapu warna basah dengan menggunakan berus diatas kanvas, kertas, atau dinding,".



Jadi, yang sebetulnya adalah CATAN KALIGRAFI. Bukan lukisan kaligrafi.

Kerana proses menghasilkan karya kaligrafi ini menggunakan cat warna menggunakan berus atau sponge atau apa saja yang lain diatas kanvas. 

Saya terfikir, bermakna hasil seni zukhruf pelajar pelajar saya itu juga boleh dipanggil LUKISAN ZUKHRUF kerana ia dihasilkan dari bahan media kering seperti pensil dan pensil warna. 







KELAS KHAT PELAJAR SEKOLAH

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Hai, Saya Dhuha. Teacher Khat 2017. Kepakaran saya adalah membantu pelajar pelajar sekolah mempelajari ilmu asas seni khat sehingga lah ke tahap yang lebih advance.
.

Anda boleh baca serba sedikit mengenai diri saya di sini.

.

Hasrat saya ,agar dapat membantu anak anak Melayu khususnya, mendalami seni khat dan tulisan jawi. 
.

Sudah ramai anak anak muda remaja sekarang tidak pandai menulis jawi. Mereka tidak berminat untuk menguasai tulisan jawi.
.

Oleh kerana itulah, muncul penulis khat mahu mengangkat terus kemasyhuran tulisan jawi di alam Melayu.
.



In sha Allah. Para pelajar akan menyukai aktiviti seni jawi ini. 

Sebarang urusan dan pertanyaan boleh menghubungi saya di Facebook Dhuha Rashidi. 


Sunday, 29 January 2017

KHAT FAMILY TREE NAMA JAWI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Antara tulisan khat yang sangat digemari ialah bentuk pokok bunga. Lebih mudah di panggil Family tree.

.
Untuk satu nama, berharga RM10. Jika melebihi 5 nama harga adalah RM7 untuk satu nama itu.

Haa, macamnilah rupanya family tree tulisan jawi.


Kalau mahu tengok macamana saya buat, boleh klik disini

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di Facebook Dhuha Rashidi .

KELAS CATAN KHAT PELAJAR SEKOLAH

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Alhamdulillah. Selesai kelas khat untuk hari ini . Esok sambung lagi. Sebelum saya balik ke Perak.
.

Seronok pelajar malam ini menghasilkan karya mengikut kumpulan masing masing.
.

Jom tengok.




Tengoklah. Gigih betul mereka menyiapkan hiasan zukhruf Al Quran ni. Semuanya hasil tangan mereka dan saya hanya memantau sahaja. 
.

Pelajar pelajar ini memang berbakat.

Itu group asas zukhruf.

Ini pula group lukisan kanvas.





Malam ini hanya aktiviti ini sahaja. Kelihatan mereka sangat gembira. 

Anda boleh juga tengok contoh contoh tulisan saya disini.  Mungkin menarik. Ada lagi sambungannya disini.

.
Jika anda ada pertanyaan mengenai kelas khat pelajar sekolah boleh hubungi saya.
Semoga gembira.

Saturday, 28 January 2017

REHAT MINDA RAWAT HATI

Teks : Dhuha Rashidi

Beberapa hari ini saya seperti kebuntuan untuk menulis. Entah mengapa saya juga tidak tahu. Mungkin juga kerana sibuk kesana kemari membuatkan saya tidak sempat.

.

Hah, baru saya teringat. Cermin mata saya hilang. Aduhai. Seminggu tanpa cermin mata buat saya pening. Mata saya seakan letih. Apalagi jika asyik menghadap telefon pintar.
.

Mungkin Allah nak suruh rehat. Bisik hati saya. Cari ketenangan. Kedamaian hati. Semenjak Isnin lalu sehingga ke hari ini saya tidak meneruskan rutin joging setiap pagi.
.

Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan membuatkan saya perlu berehat seketika.
Tak apalah. Hujan masih belum reda. Melihat berita disana sini banjir melanda beri saya satu rasa. Gerun.

.

Ada masa saya akan jadi begitu. Senyap. Buntu. Diam. Kelu. Saya tidak dapat berbuat apa apa. Saya sememangnya aktif berfikir. Sangat aktif. Persoalan tanpa jawapan buat saya gelisah.

.
Mungkin akibat suka berfikir inilah yang buat saya letih. Hehehe. Itulah. Siapa suruh fikir banyak.

.
Banyak perkara saya fikirkan. Segalanya berkaitan seni khat. Berkaitan kerjaya. Berkaitan perkembangan seni dan jawi. Apa yang penting, hati saya sendiri.
.

Saya mengharapkan agar Allah pelihara hati ini dari berburuk sangka dan berfikir negatif.

.
Apa yang tidak elok harus saya perbaiki. Difikirkan, hidup ini makin lama makin condong arahnya.

.
Apa saja amal yang akan kita tinggalkan untuk disana.

Tuesday, 24 January 2017

TENGOK VIDEO SAYA BUAT KHAT !

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Hai. Ikutkan saya nak live harini di Facebook. Memandangkan internet connection tak berapa cantik, maka saya pilih untuk rakam video saja.
.

Boleh jugalah. Semalam saya sudah janji pada sesiapa yang komen nama di bawah status FB saya itu, akan saya tuliskan nama dalam jawi.
.

Ada seratus lebih nama . Hehehe. 
Saya akan tulis satu satu. Sehingga nama terakhir. 
.

Sebenarnya, ini cara supaya saya dapat berlatih tangan setelah lama tinggalkan latihan. 
.

Mengajar tu lain cerita. Latihan untuk pemantapan skill sendiri agak lama saya tak lakukan. Ye lah. Semenjak Elham lahir. Elham ni jenis boboy yang susah sangat sangat sangat nak berenggang.
.

Oh nooo. Saya terpaksa hantar dia ke sekolah jika mahukan latihan yang konsisten. Sebab ini dah memang kerja saya. Tukang tulis. Guru tulis.
.

Sebelum saya buat rakaman nama nama sahabat di facebook tersebut, saya terlebih dahulu merakam video tulisan beberapa jenis tulisan khat. 

Seperti di bawah ini.

Yang ini jenis khat Diwani Jali. Saiz matapen yang saya gunakan 4mm. Dakwat yang saya gunakan pula jenama Aero Color Professional Schmincke . Saya beli daripada sahabat seperjuangan Hero Bookmark Abam Maimun

Beliau ini datangnya dari Acheh. Menetap di Malaysia sudah lama. Boleh klik profile FB beliau itu. 

Untuk yang seterusnya nanti, saya mahu buat khat Riq'ah pula. Kemudian saya akan gabungkan kesemua video itu menjadi satu video yang menarik. Hmm nak tengok, saya update disini . 

Okey, saya nak buat kerja dulu. Nanti saya tunjuk lain pula okey. Senyum selalu.

Monday, 23 January 2017

SEWA MESIN CUCI KARPET

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sepanjang minggu ini klien kami adalah dari geng geng ofis yang nak cuci karpet ofis. Yang kami lihat, jika mereka menelefon untuk tempahan mesin cuci, terus sewa sekali dengan team cce.




Ada yang tak mampu nak cuci sendiri kan? Serahkan saja pada kami untuk tidak memenatkan. 
.

Bermakna, CCE beri anda dua pilihan. Samada mahu cuci sendiri atau kami yang akan cucikan. 
.

Cuci sendiri memang lebih jimat. Lebih puashati kerana sentuhan cucian tangan sendiri. Tapiiiii, jika anda sudah kekurangan masa atau kurang tenaga kerja, kami sedia bila bila masa memberi khidmat.
.


Bezanya, caj perkhidmatan akan naik bertambah. Namun, ia tetap masih berbaloi dengan harga sewaan ini.
.

Penghantaran pula akan dikenakan mengikut lokasi. Kami membuka sewaan mesin cuci karpet ini di kawasan sekitar Lembah Klang. 
.

Sewa selama 24jam anda boleh cuci sepuas hati atau kongsi kongsi.
.

Atau. Sewa sekali dengan team CCE, kami datang cuci cuci. Okey okey ?

Untuk booking tarikh bokeh hubungi 019-399 6060 

MASA MUDA BUAT APA ?

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi | Abang Jay


Isnin. Bermula lah rutin aku dan Iwan ke sana kemari. Yang lebih banyaknya dia. Urusan yang pelbagai. Di kampung, kami tiada kerja cari wang yang hakiki. Hadir pagi pulang petang begitu. Ini benar. Kami tidak bekerja dengan sesiapa. 
.

Setiap hari Isnin hingga Jumaat rutin kami lepas hantar anak ke sekolah, pergi jogging. Kah ! Bukan semata mahu kurus sangat. Tapi sebab satu yang berharga ini. Kesihatan. Ecewah sucinya statement. Apasal tak mengaku saja lemak dah tebal. Kah kah.
.

Hari Jumaat hingga Ahad kami di Klang dan Puchong. Melaksanakan tugas masing - masing. Tengok SRIEM. Gurau senda team Cuci Cuci Empire. Juga rutin mingguan aku, MTVAB.
.

Tak ada apa yang hebat pun. Biasa.

.
Balik kampung semula, kembali dengan rutin kami bersama  mak mak kami, bapak, atuk opah disini. Ini lebih luar biasa. 2017 satu perubahan dalam jadual kami. Mengelilingi warga keramat hidup. Dikirakan, bertuah. 

.
Tadi, lepas saja hantar anak, terus balik ke rumah bapak. Awal lagi sudah beritahunya mahu ke hospital pagi ini. 

"Mahu jumpa Timah ke Pak ?," tanya Iwan. Timah ini bidang tugasnya sudah tetap di hospital itu. Melayan penghidap diabetes setiap hari itulah kerja Timah. Pakcik makcik pasrah sajalah mendengar tazkirah si Timah.
.

Kadang nakal juga bapak aku. Tiba saja di mana gerai dia suka, mahu order air merah.

"Aii pak, ingat pesan si Timah," bapak ketawa sikit sikit.
" Tak apalah Timah, sekali sekala," katanya pula. Berdekah dekah ketawa. Layan sajalah. Asal bapak gembira.

"Dik, sirap ini kurangkan gulanya," kami memesan.

Bapak pula sudah tahap kena insulin setiap hari. Bekal ubatnya aku masuk dalam satu beg. Dia mahu begitu. Aku lihat bapak bertenaga hari ini. Pakai kasut boleh angkat kaki sedikit tinggi. 
.

"Lain rasa badan ni," kata bapak. 
" Rasa macamana tu pak," soal aku. Mestilah mahu tahu.
" Insulin, ya, satu ubat sakit lutut itu, ya, satu lagi ubat yang kamu beri," jelas bapak lagi.

Ohh, #JusTuJuh yang dibeli minggu lalu daripada Tuan Jammal Al Attan .  Kiranya sudah seminggu bapak amalkan. Alhamdulillah, ada kesan yang positif. Bapak akui badannya ada rasa segar dan bertenaga. Lain.
.

Pantau ditambah satu minggu lagi.

Terima kasih Abang Jay yang selalu haluuusss saja menTujuh di wallnya.



Aku harap ada lagi perubahan lain sehingga mereka boleh merasa gembira. 

Aku pun mahu berpesan jua : Mak bapak kau, atuk nenek kau ,mak sedara pak sedara kau,  ada atau tak ada 3 serangkai pun boleh cuba Jus Tujuh ini. Order dengan Abang Jay yang diatas tuuu 👆👆  yang penuh kasih sayang lagi mesra lagi cinta iteeww. Memang Terbaik !
.

Kata orang tua, dah sakit disitu disini tak lalu nak buat apa. Masa mudalah masa kerja kerah tenaga, untuk keluarga , bangsa, negara. 

Masa muda masa amal ibadah. Kesihatan jaga. Sakit tak jangka. Jeng jeng jeng !



Kau mengerti pesan ini ?

Sunday, 22 January 2017

20 SENARAI PENULIS KHAT YANG ADA DI MALAYSIA

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Alhamdulillah. Walaupun sudah bertahun saya tidak berlatih tangan menggunakan jenis khat ini, namun rasa sangat bersyukur kerana skill yang tersimpan mampu berkilau lagi.

.
Ah, ini bukan kebangga-banggaan. Saya sendiri mengakui saya bukanlah insan yang hebat dalam bidang ini. Ramai lagi penulis yang punyai skill yang memukau. Yang mana bila kita tengok karya mereka kita akan rasa WOW! 

.
Dulu mungkin susah kita lihat penulis khat di Malaysia  ni. Kita hanya jumpa segelintir sahaja. Tidak seperti sekarang. Penulis baru muncul dengan pesat sekali. Namun ia tetap tidak meminggirkan penulis lama. 

.
Penulis otai mana mungkin terkebelakang. Skill hebat dari mereka itu pastinya sentiasa menjadi rujukan.

.
Hari ini saya sertakan sebahagian penulis khat yang ada di Malaysia. Tidak kira lelaki atau perempuan.

Semoga rujukan ini memberi manfaat kepada anda. 

SENARAI PENULIS LELAKI

1. Ustaz Yusof Abu Bakar
2. Abdul Baki Abu Bakar 
3. Nik Abdul Rahman Zaki 
4. Zainurrahman Affandi
5. Rahman Sahlan
6. Fadil Sulaiman
7. Zulfikri
8. Zulhelmi 
9. Fathy Rosely
10. Hafizuddin
11. Hishamuddin
12. Firdaus Mahadi
13. Abdul Wahab Khatboard


SENARAI PENULIS WANITA
1. Citi Yousof
2. Siti Hawa Zainal Abidin
3. Ummi Faezah
4. Izati Razali
5. Dhuha Rashidi

Sebenarnya ramai sangat lagi yang boleh kita ketahui. Tetapi, buat masa ini cukup ini saja dulu. 

Lain masa , saya kongsikan lagi beserta link blog mereka atau media sosial mereka.

Jika ada yang belum saya ketahui, anda juga boleh menambah nama mereka di ruangan komen. Okey.


Saturday, 21 January 2017

NAK KAMI CUCI ATAU ANDA CUCI SENDIRI ?

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Eh, jarang betul saya update pasal Team kami yang sungguh komited kehulu kehilir melaksanakan tugas.

Apalagi kalau bukan Cuci Cuci Empire. Menawarkan perkhidmatan sewaan mesin cucian sesuai untuk mencuci karpet. Ya kan, bukan mudah nak cuci karpet sendiri kalau tiada alatan yang sesuai?

.
Bukan tu sahaja tau. Mesin cucian kami ni sesuai juga untuk cuci car seat.

Eh eh chup!

Kalau anda tak ada masa nak cuci sendiri, team kami boleh bantu anda kasi cuci sampai suci.

Alangkah lebih baik dan menjimatkan jika anda sewa mesin dari kami dan cuci sendiri. Lagi puas hati.

Sewaan mesin hanya RM120 sahaja untuk 24jam.

Berbaloi. Sekarang semuanya dah mudah. Tak perlu anda beli mesin cuci industri sampai ribu riban semata mata nak cuci sesekali.

Tak perlu juga anda hantar ke car wash untuk cuci carseat atau hantar ke dobi untuk cuci karpet.

Dengan Cuci Cuci ada yang menjimatkan. Hubungi team kami dan tempah tarikh anda sekarang.

019-399 6060

MENULIS KHAT PERLU KONSISTEN

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Helloooo. . Ceria pulak mood saya pagi ini walaupun semalam tidak cukup tidur disebabkan anak -anak meragam beberapa kali. 
.

Pagi ini sempat juga saya prepare sesuatu untuk kelas khat di MTVAB di Puchong.
.

Memandangkan tahun ini subjek khat adalah Khat Req'ah maka saya perlukan latihan yang banyak dan konsisten menghayati bentuk dan lenggok atur jenis khat ini.
.

Belum pernah lagi saya masukkan Khat Req'ah di dalam silibus sekolah. Khat Req'ah ini tidaklah susah mana jika tahu sifatnya.
.

Bagi penulis baru yang ingin belajar menulis, menghayati dan menghalusi satu satu jenis khat itu memudahkan cara kita untuk lebih dapat membezakan pelbagai jenis khat.
.

Perlu saya beritahu , untuk menghasilkan tulisan yang cantik tersusun, latihan yang konsisten amat diperlukan oleh seseorang penulis.
.

Bagi penulis lelaki saya kira tidak begitu menjadi masalah untuk peruntuk masa menulis dan berlatih.
.

Bagaimana pula dengan penulis wanita? Mungkin yang masih bujang juga tidak punya masalah. Boleh dikatakan belum ada komitmen penuh dalam rutin.
.

Bagi penulis wanita yang telah berkahwin, mempunyai anak, masa yang kita ada amat terhad. Jadi, kita perlukan semangat dan kesungguhan untuk menulis. 
.

Ia bukan mudah !

.
Saya sendiri mengakuinya. Setahun saya mengambil cuti rehat daripada berlatih menulis kerana anak masih kecil. Oh, sebenarnya, sekarang pun mereka masih kecil. Hehe.
.

Ramai juga sahabat wanita yang saya kenali mengadu, bila sudah ada anak, masa untuk menulis itu terbang hilang diisi dengan masa menguruskan keluarga.
.

Saya doakan semoga sahabat dipermudahkan segala urusan. Jika minat itu terlalu mendalam, tidak ada alasan untuk tidak lakukan. Betul ?
.

Latihan perlu dilakukan setiap hari. Peganglah pena hayunkan tangan genggam jemari percikkan dakwat kalimah kalimah indah. Kertas yang putih berwarna indah. Tulisan jawi subur kembali.

.
Ingat kawan, selagi ada tulisan kita. Selagi itilah jawi terpelihara. Hiduplah semula jawi di Nusantara dunia. 

Ini hasil latihan saya pagi ini. Tulisan jenis Khat Req'ah. Siapa yang ingin belajar saya buka peluang ini Kelas di Kuala Kangsar Perak. Setiap hari Selasa hingga Khamis. Di Puchong setiap Sabtu .

Friday, 20 January 2017

TIPS BELI BARANG KEMAS

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Google

1. TANYA HARGA PER GRAM
Tanya dulu pada seller, harga berapa ringgit segram. Bagi saya elok kira dalam kiraan gram. Sebab nanti kita nak kira harga bersih segram.

2. TANYA HARGA UPAH
Upah bergantung pada barang tu. Lagi unik/ lagi cantik/ lagi susah nak buat lagi mahal upah. Ada yang sampai RM1,000 untuk upah sahaja.

3. TAHU KIRA HARGA BARANG KEMAS
Sebaiknya anda tahu cara kiraan harga barang kemas, untuk elak diperdaya dengan angka murah pada harga per gram.

4. KIRA HARGA BERSIH SEGRAM
Harga Bersih = Total harga yang dibayar, dibahagi dengan berat barang kemas tersebut.

Inilah harga per gram sebenar yang anda perlu bayar.

Jangan tertipu dengan harga segram yang nampak murah tapi upah pula mahal.

Faham dah kan ?

Lebih banyak lagi perkongsian menarik disini. In sha Allah

BISNES EMAS KOS RENDAH

Teks : Olahan dari group rakan Powergold

Cuba lihat kedai kedai Emas . Sergam indah megah kilauan cahaya blink blink. Hehe. Bayangkan berapa KOSNYA ?

Bukan puluh ribu malah ratus ribu. Ada yang cecah juta jutaan.

Dengan powergold, kita juga mampu buka kedai emas. Modal yang sangat rendah. Hanya RM299 sahaja mampu mulakan.

Hari ini setiap di antara kita boleh buka kedai emas & jadi TOKEY EMAS
Hanya bermodalkan RM380,RM450 sekali untuk seumur hidup, nak besar untung dan benar benar serius dan berilmu pilih pakej stokis.

Pendapatan ANDA sama seperti KEDAI EMAS .

Ubah mindset, orang kita harus berani berniaga emas, dah terlalu lama orang kita hanya jadi pembeli di kedai kedai emas.

Emas. Untung jika di simpan, lagi untung jika di niagakan. Emas bukan sekadar barang perhiasan.

Tambah ilmu, tambah income di Powergold melalui saya Dhuha Rashidi.
Boleh hubungi saya untuk ketahui lebih lanjut.

SIMPAN EMAS BAGUS DIKALA EKONOMI MERUDUM

Teks : Bahan daripada group rakan Powergold

Anda mesti faham, kenapa simpanan dalam bentuk emas lebih selamat.
.
Berikut adalah antara kesan kejatuhan nilai RM
- Barangan import lebih mahal
- Harga barangan tempatan akan naik
- Inflasi
- Kuasa beli luar negara menurun
.
Simpanan dalam bentuk wang di dalam bank akan mengurangkan nilai duit kita. Adapun simpanan dalam bentuk emas akan mengekalkan nilai duit yang kita ada.
.
Kita selalu perasan bahawa trend harga emas selalu naik. Sebenarnya nilai duit kita yang semakin jatuh menyebabkan harga emas semakin meningkat. Semakin jatuh nilai RM, semakin banyak RM diperlukan untuk membeli emas berat yang sama. 1gram pada tahun 2000 hanya RM30. 1gram pada hari ini memerlukan RM203.
.
Emas mampu membeli sesuatu barangan walaupun harga barangan tersebut terus meningkat. Jika pada zaman Rasulullah 1 dinar boleh beli seekor kambing, zaman sekarang masih lagi boleh beli seekor kambing dengan nilai 1 dinar (nilai hari ni sekitar RM800). Andai kata 10 tahun akan datang harga seekor kambing mencecah RM2000, nescaya ianya mampu dibeli dengan 1 dinar.
.
Kesimpulannya, emas adalah matawang yang sebenar. Jadi simpanlah emas. Duit tu sekadar untuk beli keperluan harian.
.
Mulakan denga 1gram pertama anda.. Pasti gram yang berikutnya akan menyusul.

TULISAN KHAT DIWANI JALI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sebenarnya saya nak mengaku satu perkara. Hehe. Sudah lama saya tidak membuat latihan khat secara konsisten setiap hari.

Karya seni khat ini perlukan latihan yang berpanjangan. Jika tidak, kita akan lihat sendiri gaya tulisan akan lari. Jika sudah mahir pun akan kekal sama tiada penambahbaikan.

Semalam, sebelum bertolak ke klang, sempat lagi saya cuba cuba menulis dalam bentuk khat diwani jali. 


Ia bukanlah sepotong kalimah yang direka sendiri. Tetapi, saya hanya meniru kembali tulisan yang ada dalam buku rujukan.

Bila saya letak di Facebook, ramai pula yang menyukainya. Terima kasih. 

Melihat hasil seni sendiri membuatkan saya mengingati Allah setiap kali hasil karya itu dipuji.

Segalanya adalah dari Allah. Senang hati saya jika yang memuji juga dapat 'melihat' kecantikan kecantikan dari Allah.


POWERGOLD : SAYA TARIK NAK KONGSI ILMU JIKA TERTARIK MASUK AHLI

Teks : Dhuha Rashidi


Sudah lama saya tidak beriklan di facebook apasaja berkaitan emas. Banyak informasi emas yang saya kongsikan di facebook dulu akan saya kongsikan disini pula.

.
Fokus saya di dalam Powergold ialah mahu menyebarkan kebaikan simpan emas.

.
Walaupun, kita sudah lihat betapa ramai yang menyertai Powergold namun masih ada yang langsung tidak tahu apa guna nya emas untuk simpanan.

.
Baru baru ini saya jumpa dengan sahabat zaman kerja dulu. Bila diberitahu saya Stokis Powergold, mereka tertanya. Powergold tu macamana?

.
Itu tidak mengapa lagi. Saya pun memberi penerangan ringkas. Powergold itu ada 3 konsep yang dibawa. SAVING. TRADING. NETWORKING.

.
Saya tambah, saya lebih suka mendidik orang untuk simpan emas berbanding masuk ahli.

.
Bukan beerti saya tidak memilih untuk kembangkan network. Tetapi, saya hanya mencari orang yang benar-benar faham mengenai simpanan emas.

.
Buat apa awak mahu masuk ahli jika didesak. Atau kefahaman yang masih tidak jelas. Ini bukan cara saya.

.
Sebab itu di facebook saya amat jarang memanggil manggil sesiapa yang mahu menjadi ahli segera daftar. Tidak.

.
Paling penting dari itu adalah didikan dan kesedaran.

.
Kita didik untuk sedarkan. Bukan kita tarik untuk keuntungan.

.
Walaupun begitu, saya dengan berbesar hati membuka peluang seluasnya jika ada yang mahu saya didik dari mula. 

Bagaimana mahu mulakan bisnes emas ini. Cara market. Cara promosi. Langkah langkah dikenali. Dan sebagainya.

.
Manusia ini aneh-aneh. Sebenarnya mahu tapi keliru. Sebenarnya tahu , tapi malu malu. Sebenarnya mampu ,tapi tiada yang pandu.

.
Saya ada! Untuk anda. Semestinya

Boleh hubungi saya jika berminat untuk tahu mengenai Powergold.

Jika ingin mendapatkan pencerahan yang details apa itu SAVING , TRADING ,atau NETWORKING whatsapp saya di 0192095522. 

Thursday, 19 January 2017

LATIHAN MENULIS ITU TERAPI

Teks : Dhuha Rashidi


Hari ini saya lewat membuat catatan. Sebenarnya dalam kepala saya terlalu banyak perkara yang nak saya ceritakan. Cuma saya rasa masa tidak mengizinkan.

.
Perkara ini adakalanya buat saya sedih. Saya mendoakan semoga Allah izinkan saya berkongsi sesuatu pada semua.

.
Semalam, saya tertengok video bayi dibuang. Tak boleh tahan, saya sebak. Saya sakit. Ya rabbi. Senaknya dada. Tak boleh tengok benda yang sedih apalagi melibatkan budak kecil.
.

Dapat pula, saya ini seperti ada satu petanda serangan 'anxiety disorder' . Tak boleh dengar berita duka yang mengejutkan. Sampai sekarang saya hiba. Dari pagi saya diam.

.
Buat kerja entah apa apa.

.
Sehinggalah petang saya tak boleh tahan lagi. Saya terpaksa keluarkan airmata. Saya tidak mahu nampak siapa lagi. Letih.
.

Dalam solat saya berdoa, semoga Allah beri keampunan kepada saya. Saya didik hati sendiri. Bertenang. Bertenang. Nafas saya ni tersekat dan masih tidak lancar.

.
Semangat kerja saya hilang. Lenyap. Ya ,saya tidak normal. Sudah lama saya tidak normal.

.
Saat ini saya pujuk hati. Allah bagi engkau pelik pelik sebab nak suruh kau ingat untuk sentiasa taubat.

.
Terfikir juga saya. Betapa Allah beri ujian itu ada hikmahnya. Allah mahu diri ini mengingati Nya. Mahu menyebut tentangNya. Ingatan ini petanda Allah masih memberi peluang terbuka.
.

Seolah suara hati menyeru.
Dhuha... taubat lah. Taubatlah. Astaghfirullahaladzim.

Sahabat, sedangkan nabi yang suci taubatnya berkali kali. Ini pula kita kerdilnya mengalahkan pasir sebutir. Tahu mendosa tahu mensia sia.

Mengapa tidak kita kembali? Menuju Allah yang aman abadi.

.

Alhamdulillah. Saya mampu tersenyum. Kerana tulisan ini buat saya tersenyum lagi. Terima kasih Allah. Terima kasih diriku.

Dhuha.
Tulisan ini satu terapi


Wednesday, 18 January 2017

CARA DIDIK ANAK PEREMPUAN

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Amboi , tajuk bukan main lagi. Cara didik anak perempuan. Bunyi macam cikgu sekolah saja mahu mengajar anak muridnya. Alahai. 

Tahu tak, setiap kali saya mencari tajuk entri untuk diisikan, kerapkali saya terfikir. Banyak baguskah aku asyik mahu bercerita hal didik anak. Hal didik anak. Lagi. Dan lagi.

Sedetik itu juga saya merasakan diri ini bukanlah layak untuk menjadi guru. Maka, saya di sini bukan mahu mengajar ajar. Cuma saya gembira untuk berkongsi cara dan saling bertukar idea tentang didikan anak.

Saya bukanlah hebat dan hasil ini bukanlah terbaik. Namun, saya begitu yakin anda yang mencari entri didikan anak dan terjumpa blog saya ini pastinya mahukan sesuatu informasi sebagai panduan. 

Bagaimana caranya mendidik anak perempuan?

1. Anak perempuan jiwanya lembut. 
Bercakaplah dengan penuh kasih sayang kepada anak perempuan. Selalu ungkapkan kata sayang. Bila mereka dididik dengan kelembutan maka yang tertanam didalam pegangan mereka adanya kelembutan.

2. Anak perempuan itu manja. 
Jangan kita marahi anak perempuan yang gemar merengek. Kecualilah jika terlalu melampau dan kelihatan tidak normal.Hehe. Jiwa anak perempuan itu manja. Manja pula bagi saya ada dua. Manja ngada ngada. Manja semulajadi.

Saya berpendapat, anak perempuan yang dilayan dengan kelembutan dan kasih sayang, akan terkawal manjanya. Mereka jarang mengada ngada.

3. Anak perempuan tidak suka dikasari.
Jika kita yang perempuan dewasa ini tidak suka dikasari, apalagi anak rebung yang sememang masih suci murni hati nya. Anak perempuan tidak suka dikasari. 

Lagi dikasari lagilah menjauh. Jika dibelai lembut, hatinya jinak.

.

Cukup 3 sahaja. Eh, mahu lagi ? Tunggu saya tulis pada entri berikutnya. 



ALAM DAN DIRI KITA ADALAH ERAT

Teks : Dhuha Rashidi 
Foto : Dhuha Rashidi

Wah wah wah.
Selesai sudah jogging pagi ini. Hari ni lewat 30 minit kami menghabiskan senaman pagi. Kebiasaannya saya dan suami meluangkan masa dari jam 8 pagi hingga ke 9 pagi.

.
Tiba tiba saja suami teringin melalui jalan jauh yang jarang kami lalui. Menarik juga. Dapat melihat suasana kampung orang. 
.

Merasa juga kami melihat gelagat guru dan murid murid yang sedang bersenam di tengah padang sekolah rendah. Sekokah rendah itu pula bekas sekolah suami sewaktu darjah satu hingga enam.


.
Hari ini suami saya Ikhwan, bawa tali skipping. Wah. Perlu melompat. Hehe

.
Saya bukanlah dari kalangan keluarga yang mengamalkan rutin senaman. Jadi, dalam kesedaran ini saya perlu mendidik diri sendiri untuk berubah demi kesihatan yang lebih baik.

.
Rasanya sudah bertahun saya berniat mahu amalkan cara hidup yang sihat. Pernah dulu saya bersuara saya suka bersenam di waktu pagi. 

.
Pada saya, ini salah satu cara saya untuk mendapat ketenangan hati. Ketenteraman jiwa. Pernafasan yang baik. Dalam masa sama dengan bersenam dan menghirup udara pagi boleh menjadikan kita positif. 

.
In sha Allah.

Hari ini saya tersedar juga satu hal. Bahawa mengapa kesihatan itu penting. Ia bukan sekadar memiliki tubuh yang sihat. Tetapi, mendorong serapan aura positif kedalam diri kita.

.
Kata orang, mendekati alam adalah ketenangan. Apalagi menghayati setiap bunyi bunyi alam dengan tenang. Jiwa pasti akan lapang.

.
Jadi, kalau kita mahu hidup yang normal. Minda yang cergas. Badan yang sihat. Akal yang positif. Cubalah meluangkan masa diri kita dengan waktu pagi. 

In sha Allah. Damai.

.

Indah nya memuncak jika tertemu titik sentuh hidayah hidayah Allah.



.
Dhuha Rashidi
Laman Budaya Kuala Kangsar

Tuesday, 17 January 2017

PECAHAN KONTEN IKUT KATEGORI

Teks : Dhuha Rashidi 
Foto : Dhuha Rashidi 


Hai, bersambung lagi pada hari ini. Semalam saya ada kongsikan tip sebelum kita mahu mulakan penulisan konten. Boleh baca itu di sini dan disini.
.

Bagi sesiapa yang masih belum tahu cara yang baik untuk memulakan penulisan konten, anda boleh merancang konten anda dengan baik dan tersusun.
.

Ini yang saya pelajari sewaktu seminar konten 15 hb Januari lalu bersama Tuan Firdaus Jailan.
.

Pecahan konten penulisan boleh dibahagikan seperti ini. Anda perlu memasukkan kesemua kategori ini didalam penulisan anda.

1. Fakta servis / produk
Anda masukkan fakta mengenai produk yang anda niagakan. Berikan informasi betul mengenai produk atau servis anda. 

Boleh beri dalam bentuk tip, cara , kaedah, fakta, dan sebagainya. 

Anda boleh gunakan tulisan, video atau infografik untuk memberitahu audien anda tentang fakta produk anda.


.
2. Proses bisnes
Jangan ketinggalan untuk menulis mengenai proses bisnes anda. Bagitahu audien bagaimana cara untuk berurusan dengan anda. Beritahu mereka cara penggunaan produk anda. 

Kadangkala anda boleh kongsikan 'behind the scene' perniagaan anda.

Ini pasti meningkatkan kredibiliti.


.
3. Perjalanan bisnes
Kredibiliti kita akan meningkat apabila kita semakin aktif berkongsi mengenai perjalanan bisnes kita. Anda perlu bercerita mengenai perjalanan bisnes anda. Ia juga seperti bersangkut paut dengan proses bisnes anda.

Sesekali anda boleh ceritakan turun naik perjalanan bisnes. Mungkin juga anda boleh berikan tip petua orang niaga.

Orang lebih suka melihat gambar dan teks berbanding hanya gambar atau hanya teks.

Anda boleh tarik kepercayaan orang melalui tulisan perjalanan bisnes anda.


.
4. Pengalaman 
Tulislah dan kongsikan pengalaman anda supaya audien anda akan lebih mempercayai anda sebagai seorang yang banyak pengalaman dalam bidang yang anda ceburi.

Selain itu juga anda boleh menceritakan kisah pengajaran , motivasi dan perkongsian umum mengikut kesesuaian audien anda.


JANGAN LUPA. Cara untuk kita terus berkongsi manfaat adalah dengan cara interaksi. Komunikasilah dengan audien anda dengan ramah dan mesra.

Oh, saya suka nak beritahu, sepanjang Januari dan Februari ini, saya ada menyediakan perkhidmatan menulis konten secara percuma. Jom . Ambil peluang ini untuk bisnes anda.

Selamat menulis.

Monday, 16 January 2017

CARA PILIH KONTEN YANG SESUAI

Teks : Dhuha Rashidi

Hai, bersambung lagi pada petang ini. Tajuk awal tadi boleh dibaca di sini.

Saya akui, sebelum ini agak sukar saya memilih konten yang sesuai mengikut pekerjaan atau bisnes saya. Setelah ada beberapa perkara yang di pelajari, ia nya pasti lebih jelas . Maka , suka untuk saya kongsikan pula dengan anda.

.

Sebelum kita mahu pastikan penulisan apakah yang sesuai dengan kita, kita perlu tahu siapa audiens kita. 
.

Audien ini terbahagi kepada 3 .

1. Golongan Profesional
2. Orang biasa
3. Targeted.

Setiap golongan itu berada di tempat tempat yang berbeza. Mereka bersosial, ber bisnes pada tempat -tempat yang bersesuaian bagi mereka.
.

Kita perlu pastikan dahulu siapa audien kita diantara ketiga pilihan itu.
.

Kebiasaannya, golongan profesional berada di LinkedIn dan amat kurang sekali mereka berkumpul di Facebook. Jika sasaran kita adalah golongan profesional, konten yang sesuai adalah isu isu serius seperti ekonomi, saham, kewangan, perubatan, dan sebagainya.
.

Di Facebook, peratus menunjukkan tempat berhimpunnya golongan biasa seperti kita. Gemar bersosial. Gemar bergurau senda. Gemar perkara yang lucu dan suka ria. Kisah -kisah kehidupan. 
.

Jika sasaran kita golongan biasa, banyak konten yang boleh kita tulis. Kisah-kisah keluarga.Kasih sayang. Persahabatan. Tip rumahtangga. Tip kehidupan seharian sebagainya.
.

Gaya penulisan kita untuk audien orang biasa ini boleh ditulis pelbagai gaya. Orang biasa sukakan sesuatu yang kreatif dan informatif.
.

Tetapi, tidak dapat tidak jika anda memilih golongan yang spesifik, anda wajib mengenal karakter audien jenis ini. Gaya bahasa yang digunakan. Bagaimana cara mereka bercakap. Ia bertujuan, konten yang ingin di sampaikan menepati kehendak targeted audien ini.

Sekarang , anda boleh mulakan pilihan yang terbaik. Mulakan sekarang . 

Saya akan sambung pula cara pecahkan konten mengikut katagori. Terima kasih sudi singgah. 😃

Panduan Penulisan Konten

Teks: Dhuha Rashidi 


Setelah kita mengenalpasti langkah awal penulisan konten, seperti yang saya kongsikan disini sebelum ini, kita akan nampak dengan jelas halatuju khusus penulisan kita itu.

Contoh seperti saya ini. Anda boleh mengubah kepada ayat yang bersesuaian dengan pilihan anda.

.

1.Saya mahu mereka yang : rajin membaca tentang kisah-kisah kehidupan, kisah parenting , perkongsian perihal anak kecil-remaja, saya mahu mereka yang minat dengan kesenian Islam. Suka perkongsian berkaitan aktiviti saya dalam seni Islam. Seseorang yang suka cerita santai, lucu, motivasi, keagamaan.

.
2. Saya juga mahu mereka : mendapat pengajaran daripada penulisan saya. Mendapat sesuatu dari perkongsian saya, rasa terkesan dengan apa yang ingin saya sampaikan sehingga mereka mahu LIKE ,KOMEN dan SHARE.

.

3. Saya anggarkan 70% pembaca konten saya adalah di : dhuharashidi.blogspot.my . Selebihnya di Page saya dan personal wall saya di FB. 


.
Dapat sesuatu ?

Seminar Penulisan Konten 2017

Teks : Dhuha Rashidi 
Foto : Dhuha Rashidi 

Assalamualaikum.
Sudah beberapa hari saya tidak dapat membuka blog dalam keadaan baik. Bermaksud, ada beberapa hari juga catatan harian saya tidak dapat di tulis disini. 
.

Namun, saya lebih suka memilih mencari penyelesaian daripada menunggu bila saya akan sambung semula. Di khuatiri semangat dan momentum penulisan saya merudum. Lekas-lekas segera bertindak supaya terus dapat berkongsi sesuatu. 
.

Semalam. Saya telah menghadiri satu seminar yang saya kira bagus dan sangat sesuai untuk saya. Memandangkan saya perlu mencari dan mendalami ilmu berkaitan penulisan. Akhirnya saya memilih untuk pergi ke Seminar Content Writing oleh Tuan Firdaus Jailan.
.

Seminar ini saya kira menepati kehendak dan keperluan saya sebagai penulis baru di laman internet. Banyak yang telah saya pelajari berkaitan penulisan.
.

Antara tajuk yang membelai jiwa tulis saya ini ialah kita dapat belajar bagaimana nak buat content yang bagus. Bukan saja di Facebook, tetapi di semua platform komunikasi atas talian.
.

Sebagai seorang baru dalam bisnes yang perlu amalkan "K.L.T" ,kita perlu tahu bagaimana nak mulakan content yang berkesan dan konsisten.
.

1. Kita perlu pilih konten yang sesuai. Sebelum pilih konten sesuai, kena pilih dulu, mahu orang kenal kita atau mahu orang kenal produk kita.
.

2. Kita tanya diri kita, kita mahu buat konten itu untuk siapa? Pastikan ini dengan lebih spesifik.
.

3. Selepas kita tahu konten kita untuk siapa. Kita perlu tahu, konten itu untuk apa? Kita mahu orang share? Mahu orang komen? Mahu orang tersentuh dengan konten itu?
.

4. Kita mahu konten itu dibaca dimana? Baik, satu perkara yang harus kita sedari, menulis konten tidak semestinya di Facebook semata-mata. Banyak lagi tapak-tapak menulis yang boleh kita masuk.
.

Inilah perkara asas yang boleh kita lakukan sebelum kita mahu menulis konten secara konsisten.
.

Namun, ada yang masih bingung, penulisan yang bagaimana sesuai untuk di tulis?
.

Saya akan kupaskannya posting berikutnya nanti.



Wednesday, 11 January 2017

NIKMAT SIHAT DARI ALLAH

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi



Alhamdulillah, kita perlu lah bersyukur hari ini, saat ini , Allah masih panjangkan usia kita untuk dapat melihat dunia ini. Mengamati setiap yang kita lihat sebagai satu cetusan Hidayah dari Allah.
In sha Allah.
.

Hari ini, saya berjaya untuk hari kedua , berjoging bersama suami selama satu jam mengelilingi kawasan istana Kuala Kangsar. Best. Udara di Bandar Kuala Kangsar masih segar dan menenangkan. Kabus tebal dari awal pagi menyelimuti kawasan di sekitar. 
.

Selepas saja kami menghantar Nour dan Elham ke sekolah, kami membeli sarapan di Chandan Puteri. Ada satu gerai itu sungguh sedap Nasi Kerabu nya. Entah mengapa saya begitu terpikat. Walaupun saya orang Perak, saya menerima makanan dari pantai timur.
.

Saya beritahu kepada suami, kita perlu menjaga kesihatan dari seawal usia matang ini. Maksud saya, permulaan kepada usia tua. Hehehe. Bila lagi mahu berubah kearah kesihatan yang lebih baik? Makan saja apa mahu. Telan saja apa suka. Sedangkan badan kita ini tidak kita hargai. Benarkah kita ini hamba yang bersyukur ?
.

Pada mulanya memang agak penat untuk jogging menaiki bukit. Dari taman budaya Kuala Kangsar kami berjalan kaki sehingga ke kawasan Istana Iskandariah. Wah! Penat dan tercungap itu tidaklah juga. Cuma, kaki saja yang belum biasa jalan berkilometer. 
.


Saya fikir satu perkara. Alam ini harus kita nikmati untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Alam ini harus kita pandang disebalik kecantikan dan kesegarannya adalah nikmat dan rahmat dari Tuhan. Alam ini penuh dengan titik-titik penyembuhan hati. Percayalah. 
.

Saya paling suka mencium bau daun atau rumput. Segar. Nyaman. Entah mengapa hidung saya suka baunya. Apalagi pokok-pokok yang ditebang. Mengeluarkan bau yang sangat mengasyikkan. Mungkin kerana saya peka dengan alam. 
.

Alam ini juga penuh signal. Menghayati alam umpama membelai kedamaian meresap dalam diri. Bagi yang mencari ketenangan. Mahukan kesembuhan hati dan jiwa. Melapangkan fikiran. Luangkan masa kita dengan alam. Dekatkan diri kita dengan alam.
.

Sibukkan diri dengan alam kerana ini masa kita membelai jiwa yang cintakan kedamaian. Menghalusi peribadi kita menginginkan ketenangan. Jika kita katakan di sekeliling kita penuh dengan aura negatif. Dekatilah alam, kita temui aura positif. Tersenyumlah untuk bahagia. 
.



Salam sayang dari Dhuha Rashidi
Pencinta alam. Pencinta kedamaian.

Tuesday, 10 January 2017

PAKEJ KEAHLIAN POWERGOLD RM299

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Semalam , 9 Januari 2017 , Powergold telah melancarkan satu pakej baru yang diberi nama #JomBusiness . Bila saya mendapat pengumuman itu, hati saya berasa lega kerana syarikat sentiasa membuat penambahbaikan di dalam Powergold.

Bagi saya, pakej Jom Business ini sangat sesuai bagi mereka yang mahu serius didalam perniagaan Powergold. Untuk melayakkan para ahli Powergold mendapat bonus, ahli tersebut mestilah mendaftar kaki C. Bab ini saya akan ceritakan pada entri yang lain.


Pakej JOm Busines ini juga sangat sesuai untuk mereka yang hanya mahu saving emas setiap bulan tanpa melakukan trading atau networking. Tetapi, pakej ini juga merupakan satu peluang sangat baik untuk anda yang mencari modal perniagaan yang rendah dalam perniagaan emas.

Bagi pakej ini, benefit yang anda bakal dapat sama seperti pakej Gold RM380. Tentu sekali ini sangat menjimatkan. Peluang inilah yang perlu anda ambil sekarang jika anda mencari pakej perniagaan modal yang rendah. 

Untuk maklumat lanjut , boleh terus menghubungi saya. Saya Dhuha, menjalankan perniagaan emas Powergold sepenuh masa. Merupakan stokis Powergold.biz . Jika anda mendaftar keahlian dengan Dhuha Kaya Gold, anda akan memperolehi ilmu emas secara percuma . Kelas-kelas ilmu niaga, kelas personal branding, dan cara membuat marketing dalam perniagaan. Sila hubungi saya segera untu pertanyaan.

Salam perkenalan.


Monday, 9 January 2017

KEMBALI BEKERJA SEBAGAI GURU KHAT MTVAB

Teks : Dhuha Rashidi


Semalam saya memulakan kelas Khat di MTVAB Puchong selepas Zohor sehingga ke Asar. Banyak perkara baru yang saya sampaikan kepada anak murid berpandukan silibus yang telah saya susun untuk tahun 2017 ini.

Pada semester pertama ini saya menekankan kepada semua pelajar untuk mencuba jenis Seni Khat Riq'ah sebagai latihan tangan awal tahun. Selain daripada itu, mereka juga akan belajar bagaimana membuat asas seni Zukhruf iaitu satu cabang kesenian islam. 

Pelajar baru yang baru saja mengenali saya mulanya agak terkejut apabila saya beritahu mereka mengenai jenis-jenis kat dan apa yang akan pelajar buat sebagai hasilan produk untuk sekolah.

Tahun ini, bermula Januari hingga ke Jun, saya memberi target kepada pelajar bahawa pelajar perlu menghasilkan 3 hingga 5 jenis lembaran ayat Al-Quran. Pelajar juga perlu menghasilkan 5 jenis karya lukisan kanvas. Disamping, menghasilkan barangan kraf islamik. Kesemua ini sayatelah pecahkan kepada beberapa kumpulan untuk menghasilkannya.

Sesungguhnya kerja ini memerulkan kerjasama yang erat sesama pelajar dan guru serta pihak pengurusan sekolah. Misi saya, agar pelajar-pelajar ini dapat menghasilkan produk MTVAB, untuk dipasarkan ke peringkat lebih jauh. In sha Allah.

Selesai kelas , saya terus bertolak ke KL Sentral untuk menaiki tren ke Kuala Kangsar. Sungguh mencabar bagi saya , kerana anak-anak yang terpaksa saya kawal dan keadaan ibu mertua saya yang sakit lutut. Ia membataskan pergerakan saya untuk lincah bergerak. 

Sememangnya itu semua adalah pengalaman yang sangat berharga. Semoga saya mendapat lebih banyak pengalaman yang berharga lagi. Amiin.

Saturday, 7 January 2017

CARA AJAR ANAK MENGHAFAL AYAT QURAN

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Saya nak kongsikan beberapa tips yang saya dapat daripada Fb share daripada Ustaz Ahmad Al Hafidz. Cara Ajar Anak Menghafal Al Qur'an. 

Kenapa saya kongsi tips ni? sebab saya tak mahu kita ketinggalan dalam membentuk anak-anak dengan acuan Al-Qur'an, rugi sangat! Bila anak dah berumur 5 - 7 tahun baru lah nak menyesal kenapalah tak ajar dari awal. 

Haa.. sebab bila kanak-kanak berusia 0 - 2 tahun, mereka sebenarnya lebih cepat dapat. Sebab tu, jangan lengah lagi. Jangan sampai ada yang berkata, anak saya tak mahu mengaji, susah betul, padahal anda yang susah nak mulakannya. Betul tak? Lebih malang jika mengaji pun entah berapa kali sahaja. Allahurabbi.

Semoga dapat sama-sama kita praktiskan cara ini dalam diri anak-anak kita sekaligus kita dapat manfaatnya sama.

Untuk Bayi (0-2 tahun)
1. Bacakan Al Qur'an dari surah Al Fatihah
2. Tiap hari 4 kali waktu (pagi, tengahari, petang, malam)
3. Tiap 1 waktu satu surah diulang 3x
4. Setelah hari ke-5 ganti surat An Naas dengan cara yang sama
5. Tiap 1 waktu surah yg lain-lain diulang 1- 2x

Untuk 2 tahun keatas
1. Caranya masih sama dengan teknik pengajaran no.1 diatas. Jika anak belum mampu membaca dan menyebut dengan baik lagi, maka tambah waktu menghafalnya, dari 5 hari menjadi 7 hari
2. Sering dengarkan bacaan  murattal.

Untuk  4 tahun keatas
1. Anda boleh mula memberi perhatian dan waktu untuk menghafal secara serius
2. Ajarkan kepada anak  muraja'ah sendiri
3. Ajarkan kepada anak bagaimana menghafal sendiri
4. Selalu memotivasi diri kita dan anak supaya sentiasa bersemangat dan jangan kalah.
5. Waktu menghafal 3-4x sehari

Biasanya kanak-kanak berumur satu hingga dua tahun sudah pandai lari-lari dan suka bermain. Anda harus bijak menanganinya dan jangan rasa putus asa. Biasa lah penat sikit-sikit. Apa yang paling penting, sentiasa bisikkan di ubun anak sewaktu tidur supaya dia dapat mendengar kata dan mudah melakukan apa yang disuruh.


Ini abah Nour sewaktu kelas mengaji di Pusat Pengajian El- Mateen

Ok semoga tips ini sangat berguna.

Allaahummaj'alna fii ahli Qur'an , Allaahumma baarik fi auladina wa dzurriiyatina bil Qur'an, Allaahummarzuqna istiqomah fi tilawatil wa hifzil Qur'an...wa adhilna fi jannati fi Qur'an...Aamiin Allaahumma Aamiin

Yang hebat itu Allah
Yang lemah itu hamba.

Terima kasih sudi singgah blog saya ini.

KENALI KHAT RIQ'AH

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Sumber Google

Hai, Saya harap pembaca yang berkunjung di blog saya ini sentiasa didalam lindungan kasih sayang Allah. Sentiasa ceria dan gembira dengan senang hati membaca apa saja nukilan saya di sini. Jika anda mencari topik-topik lain, boleh pergi ke sisi kanan dan lihat 'LABEL' yang ada disitu. 
.

Alhamdulillah, hari ini hari Sabtu, 7 Januari 2017 , saya akan bertolak ke Klang untuk menghadiri kelas kemahiran khat di MTVAB Puchong. Untuk tahun ini, saya akan mengajar kepada pelajar-pelajar di sana tajuk yang belum pernah di sentuh lagi iaiatu Jenis Khat Riq'ah. Khat Riq'ah ni antara jenis khat yang mudah dan simple. Tetapi , masih memerlukan penelitian dalam membentuk setiap huruf dan lenggoknya.
.


Ini adalah contoh Khat Riq'ah. Khat ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Keunikan khat ini adalah pada bentuk dan susunan setiap kalimah itu. Ia sangat menarik untuk di praktik. 

Pada malam ini, kelas akan diperkenalkan dengan jenis khat ini dahulu. Saya akan menunjukkan asas mula bagaimana membentuk khat riq'ah supaya dapat dibentuk dengan baik. Bukan tu sahaja, saya juga akan menunjukkan cara mengasah mata pena khusus untuk penulisan khat Riq'ah ini.

Selain daripada mempelajari khat riq'ah, ada tajuk-tajuk lain yang bersambung dari tajuk lepas seperti Pengenalan Asas Zukhruf 2. 

Saya sangat berbesar harapan agar pada tahun 2017 ini pelajar-pelajar dapat menghabiskan pelajaran mereka dengan sempurna dan berjaya mengeluarkan produk hasiltangan mereka sendiri. 

In sha Allah, nanti saya akan masukkan video bagaimana saya menulis jenis khat ini. 

Tunggu ya. 

Friday, 6 January 2017

KISAH BAGAIMANA CARA MENDAPAT KETENANGAN HATI

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Siapa tidak mahu hidup dalam aman dan tenteram. Hakikat sebenar di dalam kehidupan seorang hamba sudah fitrahnya cintakan sesuatu yang damai. Jika melihat orang jahat sekalipun, mereka juga mahu aman, damai , tidak mahu diganggu. Mereka mahu tenang dengan perbuatan mereka. Sedangkan perkerjaan mereka adalah sia-sia dan tertolak untuk menerima kedamaian hati.


Mereka juga sebenarnya mahu ketenangan. Apalagi kita yang sedar kita ini hanya hamba. 


Banyak orang pada hari ini luarnya nampak bahagia namun dalam hati menyimpan duka. Saya pernah mendengar orang berkata, kebahagiaan dalam hidup bukan diukur dengan sebanyak mana harta yang kita ada. Tetapi, setinggi mana tahap takwa kita dengan Allah. 


Kebahagiaan hakiki itu anugerah Allah bagi hambaNya yang bersyukur. Namun, bagaimana kita mahu praktikkan kedamaian agar sentiasa menyelimuti warna-warna harian kita. Saya bukanlah yang pandai dalam hal hukum hakam dan tafsiran ayat, namun saya amat tertarik dengan kalimah suci ini.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾
Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).
P/s : Penerangan untuk tafsiran ayat ini boleh dibaca di sini. 
Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk berusaha memiliki ketenangan dan kedamaian hati? 
INI KISAH SAYA DHUHA RASHIDI
1. Selepas bertahun saya diuji dengan sakit misteri, banyak perkara yang dapat saya pelajari melalui kesakitan itu. Dari situlah kita terdidik untuk sentiasa menatap kalam suci Allah. Ujian yang saya terima bukanlah calang-calang namun setelah saya memesan diri bahawa "Allah takkan uji pada orang yang tak mampu, kerana Allah lebih tahu tahap kemampuan ini berbanding dari diri aku sendiri, maka aku harus redha". 
2. Keadaan yang perit itu sehingga menjejaskan kesihatan mental saya. Pernah beberapa kali saya mahu membunuh diri kerana sudah tidak tertanggung rasanya di hati. Namun , Allah 'pujuk' teruskan berjalan. Allah 'gertak' jangan berhenti. Allah 'didik' supaya sabar. Allahuakbar. Sabar dalam sabar itu bukan mudah sahabat. Ia perlukan kekuatan dalaman. Kerana itu, saya mengingati Al-Quran. Mengikuti pesanan. Kerana itu saya wajib utamakan Dia , kerana Dialah penyelamat hidup ini. 
3. Satu hari yang suram, saya membuka Helaian Agung itu dalam keadaan lemah hilang pedoman. Dalam proses kembali itu, saya berdoa semoga Allah bukakan pintu Hidayah buat saya. Cukuplah ya Allah, Engkau bukakan sedikit lubang Hidayah Mu, walau setitik Cahaya dari Mu dapat ku lihat dan ku renung kembali. Lama-lama saya nampak cahaya itu datang. Walau tidak menembusi hati lagi, tetapi syukurlah Allah masih beri peluang. Saya menatap Al-Quran. Hanya saya pandang ia, saya biarkan airmata menderu turun di lampiran. Subhanallah. Tak tersebut ya Allah. Tak terbaca ya Allah. Cukuplah dapat ku pandang ini tanda ku sedari cinta Mu masih ada.
4. Sewaktu mulut buka mengikut setiap susunan ayat yang indah, Allah biarkan saya lagi membaca tanpa rasa. Sakitnya Ya Allah, hanya Dia yang tahu peritnya tatkala baca tanpa merasai bait indah Tuhan. Kenapa ini ya Allah? Lembutkanlah hatiku untuk menerima segala ayat suci Mu. Pandulah aku. Namun, dalam keadaan begitu pun, saya tetap meneruskan membaca sehingga datang rasa puas. Masih tidak cukup lagi. Proses penyembuhan dari sakit misteri bukanlah suatu yang mudah. Lebih lagi jika ia melibatkan gangguan makhluk halus. Saya merasai kesemua itu selama 8 tahun. Tidak lagi termasuk yang sebelum dan selepas nya.
5. Tanda Allah kasih pabila Dia beri apa yang kita minta, tanda Dia kasihani hambaNya pabila Dia beri apa yang kita tak pernah sangka akan miliki. Ilmu dari Allah dan anugerah Nya, terlalu mahal untuk diterima. Namun itulah ganjaran untuk hamba yang bersabar. Redhakan hati menerima segala ujian kehidupan, maka kita akan temui satu ketenangan abadi.
6. Tidak setakat itu, cara saya mendapatkan ketenangan adalah bersendiri. Pastinya, tempat yang paling saya gemari untuk bersendiri adalah di masjid. Ada beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang sendirian saya di masjid biru itu. 
7. Dari pengalaman lalu, saya belajar mengawal perasaan. Walaupun pernah melalui episod kejatuhan, namun saya gagahkan diri untuk bangkit dari kekecewaan. Bila kita merasakan tiada siapa yang dapat membantu menghilangkan segala gundah gulana, percaya diri kita sendiri , ikut gerak naluri yang membisik baik. Berdamai dulu dengan diri sendiri
8. Pergilah buat apa saja yang kita rasa hati kita puas. Hati kita tenang. Hati kita lapang. Buatlah demi membebaskan segala kemelut dalaman dengan diri sendiri. Lakukan aktiviti yang dapat membuat kita lupa segala kisah duka. Beritahu orang terdekat keluarga atau suami, bagaimana yang kita mahukan. Seperti saya, aktiviti riadhah perkara yang paling digemari. 
Ini kucing yang saya temui sewaktu saya beriadhah di taman awam selepas menghantar anak ke sekolah. Jiwa saya jiwa alam. Sukakan alam sekeliling mengutip pengajaran hikmah dari Tuhan. 
Dibawah ini pula, saya berkunjung ke rumah opah dan atuk sebelah emak bersama adik. Kami bermain alat muzik milik atuk hasil tangan beliau sendiri.

Lakukan apa saja aktiviti yang menggembirakan. Jangan pula menyalahi syariat.
9. Bergaullah dengan orang-orang yang Soleh. Agar kita dapat terikut dengan tingkah lakunya. Termakan dengan nasihatnya. Rajinkan diri mendengar kuliah di masjid berhampiran dengan konsisten. 
10. Lakukan rutin pengabdian diri kepada Allah. Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Selalu lah menunaikan solat sunat Taubat tahajud dan lainnya. Cukupkan solat wajib dengan sempurna.
Jelaslah disini, memperbaiki hati yang kotor perlukan proses yang berterusan. Perlukan komitmen penghambaan. Ingat lah bahawa kita ini hanya seorang hamba Sang Pengawal Hati kita. Luruskan pengabdian kita kepadaNya. Ketenangan pasti datang, jawapan pasti menjelang.
Saya doakan semoga tulisan saya ini banyak memberi manfaat buat anda yang membacanya. Amiin.