Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

MENGAPA ALLAH UJI HIDUP AKU BEGINI ?

Teks : Dhuha Rashidi

Bukanlah namanya dunia jika kita berasa aman tenteram. Bukanlah namanya dunia jika kita tidak pernah diusik.
Dunia Allah dah jadikan satu persinggahan kita untuk lalui segala macam hal. Hal nya yang dari sebesar besar gunung terhampar sehingga sekecil kecil habuk berterbangan samar. 
Ini yang kita perlu fahami tentang hakikat hidup kita. Sementara kita ada sedetik masa ini. Ia tidak begitu lama untuk kita mengakhiri dunia . Lebih menyeramkan, tatikh saat nya tidak tertulis pada pengetahuan memori kita. 
Hanya tertulis dalam catitan Tuhan. Dia sajalah yang tahu.
Jika kita tanyakan mengapa kita diuji sebegitu hebat dan dahsyat bermakna kita masih tidak fahami putaran roda kehidupan.
Sahabat,
Inilah dunia yang sedang kau suka dan damba.
Inilah dunia yang sedang kau cinta kasih segala isinya. 
Inilah dunia yang sedang kau terpesona dengan keindahan palsunya.
Disinilah tempat kau dapat mencari redho Tuhan dalam kekalutan dan kekusutan bermacam permasalahannya.
Walau d…

SANTAI HUJUNG MINGGU DI KIDZOONA AEON KLEBANG

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha  Rashidi

Dah lama saya tak meluangkan masa bersama keluarga di luar kawasan. Hari ini saya cuti daripada mengajar di Puchong. 
Pelajar pelajar menyertai program di Kedah. Jadi minggu depanlah jawabnya saya gantikan kelas untuk hari ini punya.
Seronok tengok anak anak bermain. Gembira. Terhibur.
Dari pagi lagi Elham merayu rayu. " nak aman nak aman" nak taman nak taman katanya.
Kami pun pergilah ke Kidzoona Aeon Klebang. Di Kidzoona ini saya rasa agak selamat dan terkawal. Kiranya boleh jugalah ibubapa sambil bermain dengan anak tu berehat rehat seketika. Hihihi.
Yang tak tahan di shopping mall ni , anak kecil suka berlari. Tapi, masuk saja kidzoona ni. Mak bapak pun boleh duduk rilex sikit. Tak perlu kejar kejar. Ahhaaa. 
Tengok gambar ni. Best kan??







Yeayy. Ini semua di Kidzoona Aeon Klebang.

6 OR0ANG BERTUAH DAPAT BOOKMARK FREE

Teks : Dhuha Rashidi
Semalam saya ada buat live di Facebook. Itu merupakan kali pertama saya siar langsung dengan audien. Jemput tengok sini macamana gayanya orang live kali pertama. Haha. Tapi, line internet di kawasan saya tidak begitu okey, jadi siaran langsung tidak begitu lancar. 
Apapun, saya bersyukur kerana memberanikan diri untuk connect with my friends and follower.
Bukan semua orang diberi keberanian itu. Haha. Saya juga dulu takut dan tidak yakin. Saya cabar diri ini bertujuan untuk membuat sesuatu perubahan. Ini yang tercatat pada kertas azam saya awal tahun lalu.
Sajalah saya mahu hiburkan hati rakan , saya beri 6 nama percuma yang ditulis secara spontan dalam tulisan khat. Ha boleh tengok kat sini tau. 
Haa jangan lupa follow saya di FB. 
Kalau anda berminat nak dapatkan hasil seni tulisan khat daripada saya. Boleh hubungi saya. Okeyy.

KELAS KHAT KUALA KANGSAR

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Sudah mula ramai yang bertanya pada saya tentang kelas khat. Setakat ini lokasi saya hanya di Kuala Kangsar , Klang dan Puchong.
Kelas khat ini saya syorkan kepada guru guru sekolah rendah atau menengah, guru guru kafa. Ia memang sangat sesuai. 
Saya sendiri pernah bertugas sebagai guru JAIPk dan JAIS. Saya perhatikan rata rata guru subjek Jawi tidak mengenali jenis jenis khat. Guru guru ini sepatutnya terlebih dahulu mempelajari dan memahami tentang seni khat itu.
Selain daripada itu, pelajar pelajar universiti juga boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Saya sedia membantu anda memahami kaedah seni khat dan memberi tunjuk ajar kepada anda membentuk huruf huruf tunggal dan bersambung.
Sertai kelas khat di Kuala Kangsar. Boleh juga menempah tempat anda di lokasi Klang atau Puchong.
Kuala Kangsar - Hari Isnin hingga Jumaat Klang - Sabtu Pagi Puchong - Sabtu Malam .
Jika anda berada jauh dari lokasi kelas khat saya, anda masih…

HASIL PRODUK KHAT PELAJAR MTVAB

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Ini pelajar MTVAB . Sekolah yang sudah masuk tahun ke tiga saya berkhidmat sebagai guru seni khat.



Pada awalnya dulu, saya mengajar mereka teknik asas menulis dalam pelbagai jenis khat. Antaranya, seni khat nasakh, seni khat kufi fatimi, kufi mushafi, seni khat diwani, seni khat diwani jali dan seni khat thulus. 
Selama 2 tahun saya menumpukan pada penulisan tradisional, mereka dapat membezakan jenis jenis khat yang telah dipelajari. 
Namun, tidak semua pelajar mampu menulis dan memupuk minat. Saya mensasarkan 10 pelajar yang mahir menulis menggunakan handam ( pena khat) .
Selebihnya , cukup sebagai pengetahuan mereka. Kemana mereka jika tidak menulis? Hah, inilah uniknya kelas saya. Saya agihkan kumpulan kepada yang lebih spesifik. 
Bagi pelajar yang tidak boleh menulis, mereka diserapkan ke kumpulan penghasilan produk kraf. Ya, mereka buat produk sendiri untuk mereka jual. Sekolah ini mendidik mereka untuk berniaga.
Antara kraf yang sempat d…

CHEF LIN BELI LUKISAN KANVAS

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Belumpun sempat hasil karya pelajar MTVAB ini diletak di dinding pameran, sudah ada yang berkenan untuk memilikinya.
Di khabarkan, Chef Lin melawat sekolah dan pelajar MTVAB . Apabila terpandang lukisan yang baru saja dibuat oleh pelajar, terus beliau terpikat.

Kanvas ini dihasilkan oleh pelajar sendiri dibawah pantauan saya. Alhamdulillah mereka dapat menyiapkan kerja ini dengan baik.

Bersyukur Allah kurniakan rezeki kepada sekolah ini.  Duit yang diterima diberi kepada pihak sekolah.


LATIHAN PENULISAN FACEBOOK BERANTAI [ Kem Motivasi ]

Teks : Dhuha RashidiKeterangan : Ini adalah penulisan santai untuk tujuan penambahbaikan dalam penulisan di Facebook. Pada asalnya watak ini dibangunkan oleh sahabat kami Saudara Norizwan Azlan. Sehingga ke hari ini kami mempunyai lebih 6 penulis watak yang sama dengan jalan cerita yang berbeza.Lebih banyak lagi cerita berantai ini di wall kami. Boleh klik LINK ini untuk membaca.Jika anda mahu mengikuti latihan skill penulisan ini boleh follow saya di Facebook Dhuha Rashidi. Dengan Hashtag #CeritaBerantai-------Kem Motibasi Mantap Susila akan berlangsung 3 hari 2 malam seperti yang dirancang. Bagi Gammal, Bo Bigori, Wan Roi dan Endi, ini satu pesta riang ria. Nak pecah kepala otak menghadap papan itam setiap hari. Dah lah itam!
."Yerghh! Aku memang takssss - ssabarrrr," Kata Gammal dengan semangat. " Tapi kat mana oi? " Tanya Wan Roi. " Entah, seingat aku, Tiara bagitahu kat kantin tadi waktu melantak berjemaah. Ada Cikamura dengan Surtik kat situ. Diorang ka…

Maahad Tahfiz Vokasional Di Kuala Kangsar

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Selesai sudah program kemasyarakatan semalam. Gotong royong perdana gabungan pelbagai pihak dan mendapat sokongan padu daripada ramai orang. .

Begitu seronok sekali saya menyertai aktiviti ini walaupun badan masih tidak sihat. Tetapi, saya tidak membuat kerja yang terlalu berat. Banyak kesana kemari menjadi jurufoto saja.  .




Menariknya , masjid lama ini bakal di warnai dengan ragam pelajar pelajar tahfiz berkemahiran satu masa nanti. In sha Allah. Masjid lama ini sudah 4 tahun tidak diisi dengan program yang bermanfaat. Ini disebabkan masjid baru telah siap dibina berhadapan dengannya.  .
Mungkin sudah suratan Ilahi, masjid lama ini di izinkan Allah untuk didirikan asrama tahfiz. Dengar khabarnya, selain daripada silibus tahfiz dan fardhu ain, terdapat subjek kemahiran antaranya Seni Khat , Kimpalan , Pertanian, Rekabentuk grafik dan Elektrikal.  .
Menarik. Idea ini asalnya ilham daripada Maahad Tahfiz Aman Bistari Puchong tempat saya mengajar…

Program Kemasyarakatan Kampung

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Hari ini Selasa 14 Februari , walaupun masih ada demam, saya turut serta dalam program masyarakat kampung membersihkan kawasan masjid lama di Kampung Kota Lama Kiri. .
Sudah lama saya tidak merasai suasana yang begitu harmoni seperti ini. Ma sha Allah. Kesepakatan masyarakat kampung betul betul harmoni dan bekerjasama. .
Program ini mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Jabatan Bomba , Jabatan Kerjaraya, Wakil PLKN Kem terdekat, mendapat liputan Sinar Harian serta masyarakat kampung. .
Ikutkan demam saya masih belum okey, tapi saya ditugaskan menangkap gambar suasana untuk dimasukkan ke dalam album program. .
Antara ptogramnya membersihkan kawasan kubur, kawasan dalam dan luar masjid, memotong pokok dan sebagainya. .
In sha Allah , masjid ini bakal dijadikan Maahad Tahfiz Vokasional Yang pertama di Kuala Kangsar.
Jom tengoklah gambar saya.





APA YANG SAYA SUKA BACA

Teks : Dhuha Rashidi

Dalam demam inipun saya masih mahu membaca. Memang hobi saya dah jadi tabiat mungkin. Tambah lagi jika penulisan itu berjaya menarik hati untuk dihabiskan. .
Di FB , kadangkala saya gelarkan saya 'si misteri'. Saya merasai begitu kerana benar, ada orang terdekat , sahabat atau keluarga yang mengatakan saya misteri. .
Pengalaman pengalaman yang saya lalui sepanjang hidup ini juga misteri yang tidak dapat di rungkai lagi. Hehehe. Eh, janganlah pula takut berkawan dengan saya. .
Sudah hakikatnya, alam semesta ini penuh rahsia. Cuma bagi insan insan terpilih sahaja yang dapat diizinkan untuk mendapat cebisan pengetahuan. Selebihnya adalah didalam rahsia Allah. .
Eh, tadi kata mahu beritahu apa yang saya suka baca . Apa pula kaitannya bercakap tentang misteri. .
Inilah dia, disebabkan saya ini bukan jenis orang yang mengikut trend, saya dikatakan ketinggalan. Tidak mengapalah. Bagi saya ada satu trend yang lebih utama berbanding trend yang menjadi ikut ikutan d…

MOTIVASI KEHIDUPAN

Teks : Dhuha Rashidi


Salam Senin.
Kita berada didunia ini bukan bertatih untuk terpesona dengan isinya. Sini juga bukan hanya sebagai singgah berjalan. Terlihat yang indah, kita kutip. Ternampak yang seronok kita terpaku diam memuja kehebatan.  . Dari lahirnya kita boleh ditipu. Yang beri kita ketawa kita sangka itu lah bahagia. Yang hilangkan tangisan duka disangka penyelamat. Sehingga kita berasa selesa berada didunia. . Dunia ini dirasakan 'selamat sejahtera'. Ada duit itu penyelamat miskin. Ada kerja bergaji tetap itu selamat harta. Ada keluarga itu taman bersuka ria. Ada ramai rakan itu yang mengikut,  rasa jadi 'kepala'. Tiada yang ganggu, pelindung keselamatan siap ada.  . Dunia ini indah indah. Perjalanannya penuh hiasan. Berbunga bunga. Bila berjalan hanya mahu mengutip bunga yang segar, paling cantik, harum, kita tidak mampu terima kelayuan bunga itu nanti. . Keindahan itu tidak kekal kita tidak dapat mengetahui kerana kita hanya mahu yang terbaik dan tidak m…

13 TIP JUAL BELI EMAS

Teks : Dhuha Rashidi[ 13 TIPS SIMPLE JUAL BELI EMAS ]
========================■ Kau beli emas pastu simpan dalam tempoh setahun.Baru boleh cakap bab keuntungan!!! Bukannya beli 1 gram hari ni dan nak jual bulan depan!! Rugi lagi ada..■ Beli emas gunakan duit lebih. BUKAN DUIT NAK BELI LAUK tu kau sapu.■Jangan beli emas yang mendapat pulangan bulanan. (kau tau sebab apa)■ Beli emas yang dapat emas fizikalnya.■ Beli emas yang mudah untuk dibeli. Mudah dijual. ■ Sebagai pelabur JANGAN beli emas perhiasan sebab harganya mahal dan susut nilainya tinggi.■ Kalau boleh tak perlu beli emas dari kedai2 emas sebab harganya jauh lebih mahal. Beli emas dari syarikat yang mempunyai banyak cawangannya. jadi mudah untuk anda jual nanti, tak perlu mengharapkan kepada dealer sahaja.■JANGAN pajak emas anda tanpa sebarang alasan yang kukuh..dan tanpa teknik yang betul.CONTOH :
Alasan yang kukuh = modal perniagaan
Alasan yang tak kukuh = pergi makan angin.■ JANGAN terikut2 orang. BELI LAH EMAS BERSAMA ILM…

CARA SUSUN AYAT TULISAN KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Menurut pembacaan saya di website Pakar Khat Kebangsaan Ustaz Abdul Baki , beliau berkongsi teknik bagaimana nak susun ayat bagi tulisan khat. .
Di sini saya kongsikan sekali lagi, buat rujukan saya juga buat rujukan tuan puan. Mahu lebih detail anda boleh singgah ke Diwani Kraf untuk mengetahui banyak lagi info. .
1. Lakar menggunakan pensil terlebih dahulu. Inilah perkara yang paling asas sekali untuk menyusun ayat. Kita bomeh mencuba banyak kali hinggalah susunan ayat tersebut menjadi kemas dan betul kedudukannya. Tapi perlu diingat, ketika kita menyusun ayat perlu diberi perhatian pada huruf huruf yang awal mesti berada dihadapan begitu jugalah sebaliknya. .


2. Melakar pula dengan menggunakan pen dengan cara menekap kertas tracing paper diatas kertas lakaran pensil tadi. Ikut susunan pensil tadi. Tentukan saiz matapen yang bersesuaian dengan huruf.
.
3. Menulis menggunakan pen yang saiz mata pen bersesuaian dengan ketebalan huruf diatas k…

SERONOK JADI TEACHER KHAT

Teks : Dhuha Rashidi

Alhamdulillah, pejam celik saja sudah berapa tahun saya menjadi guru khat sepenuh masa. Mengajar mereka ilmu seni khat yang ternyata amat payah untuk temui guru khat wanita. .
Sebelum saya benar benar berhenti bekerja , saya ada mencuba melaksanakan bengkel atau kursus kumpulan kecil di sekolah. Kadangkala, saya dijemput pihak sekolah. .
Tidak sangka pula saya ini yang tertulis buat saya. Jiwa saya begitu kuat mahu menyampaikan ilmu ini kepada lebih ramai orang lagi. .
Pelbagai kenangan yang saya dapat sepanjang mengendalikan kelas khat di merata tempat di area Selangor.  .
Kini saya mahu mengembangkan lagi ilmu khat ini kepada generasi tanah lahir saya sendiri iaitu di Perak. .
Semoga usaha saya ini diberkati Allah. 
Menulis khat perlu seiring dengan kemahiran mengeja Jawi. Saya amat sukakan kedua kemahiran ini.  .
Untuk menghubungi saya boleh whatsapp saya di 019-2095522 atau layari saja FB personal Dhuha Rashidi atau Page Khat saya.

KHAT THULUS

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

Saya kembali melakukan latih tubi jenis khat yang dikatakan agak sukar ini. Memang hakikatnya, Khat Thulus agak payah untuk dibentuk elok dan tepat.  .
Tapi saya sangat menyukainya. Jenis khat ini begitu indah sekali. Walaupun kita perlu mengikut kaedah nya yang tepat, menghalusi alunan nya sangatlah mendamaikan jiwa. .
Bagi saya, antara khat yang paling sukar bagi saya adalah Khat Nasakh. Sehingga kini saya masih belum dapat menguasainya mengikut kepuasan hati sendiri.  .


Bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari pelbagai jenis seni khat boleh hubungi saya di 0192095522.

Anda nak tengok hasil seni saya yang lain? Follow saya di FACEBOOK.

CERITA ANAK : HAFALAN HADITH MENJENTIK EMOSI

Teks : Dhuha Rashidi Foto : Dhuha Rashidi
Lama tak dengar #NourStory ? Lama aku tak tulis pasal dia. . Budak tu tak sihat sangat. Batuk. Selsema. Muntah. Semalam tak pergi sekolah. Harini, dia rasa okey. Boleh ke sekolah. Samalah dengan Elham. Banyak ragam. 

. Biasalah. Lepastu pulak dah namanya budak budak. Jeles pulak tu sesama deme. Sorang cakap nak peluk mak, sorang pun mula lah lari dulu. Berebut rebut. Dah rebut sorang yang terlambat kena tolak. "Ini mak kakak!!"
Adik tengok kakak macam tu, apalagi, di tepisnya tangan kakak tak bagi peluk mak. Mau aku tak rimas. Haha. 
" Awak berdua ni kenapa? Pantang nampak mak, mula merengek. Berebut rebut " melenting kejap aku kan. Hahha .
Bila difikir balik, dah memang kita ni ibu dia, kat siapa lagi mereka nak tumpang kasih, yedak? Kita lah yang kena curahkan kasih sayang tu selagi nyawa masih ada. Hmm.  .
Memang kadang hilang sabo dibuatnya dengan karenah anak anak ni kan? Tapi kita tak boleh melebih lebih sangat nak m…

CABARAN PENULIS KHAT WANITA

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Menulis Khat bagi penulis wanita memang lebih mencabar berbanding penulis lelaki. . Wanita banyak bermain dengan emosi dalam urusan seharian. Untuk menulis, wanita perlukan ketenangan tanpa gangguan. Jika tidak, tulisan yang terhasil tiada mendapat penghayatan yang mendalam.  . Seeloknya, menulis perlu bersendiri. Sunyi. Menulis ayat suci Allah bagi seorang wanita, ia adalah satu terapi hati. Mendidik jiwa dengan kesabaran. Berlemah lembut dengan keadaan. . Menulis khat bagi wanita ia proses didik hati, tidak begitu banyak beremosi.  . Kuasai penulisan khat dengan niat yang setulusnya. In sha Allah. Sila #tag rakan wanita anda yang meminati seni khat. 
P/s: ini latihan tangan sewaktu anak anak disisi. Ada sedikit gangguan fokus. 

Tulisan : Dhuha Rashidi
©Dhuharashidi

BENGKEL ASAS SENI KHAT

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi

PENGENALAN
Seni khat merupakan salah satu warisan tampak Islam. Di Malaysia ia menjadi identiti melayu khususnya dalam penulisan Jawi. Ia merupakan seni yang begitu unik. Minat masyarakat terhadap seni khat semakin berkembang masa ini. Keterlibatan anak muda mula bercambah dan diharapnya berterusan.
Bengkel asas seni khat ini diwujudkan untuk membangkitkan semangat mencintai tulisan jawi. Menghalusi seni tulisan jawi atau penulisan Al-Quran. Agar budaya penulisan jawi dan Al-Quran ini kekal dari zaman ke zaman untuk generasi akan datang.
OBJEKTIF 1. Untuk memberi pendedahan teknik yang betul tentang kaedah penulisan khat. 2. Menguasai kemahiran seni penulisan khat. 3. Dapat mendalami jenis jenis tulisan khat.
MODUL KURSUS 1. Sejarah kesenian khat 2. Menulis huruf tunggal 3. manulis huruf bersambung 4. Menulis petikan ayat Quran dan hadith
PENYAMPAIAN Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal. Setiap peserta akan diberikan peralatan dan …

BENGKEL PENULISAN KHAT 2017

Teks : Dhuha Rashidi
Foto : Dhuha Rashidi


Penulisan khat sinonim dengan Pendidikan Islam. Sebab apa? Dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah, guru dan pelajar perlu menguasai jawi. .
Seni khat merupakan cabang utama kepada penulisan jawi yang baik. Oleh sebab itulah saya dengan senang hati mahu mengajak sekolah sekolah menganjurkan bengkel penulisan khat untuk guru atau untuk pelajar sekolah.  .
Ini kerana, kita lihat, pelajar hari ini begitu ramai sekali yang tidak mahir membaca jawi malah tidak dapat menulis jawi dengan baik. .
Seni khat satu aktiviti terbaik memupuk minat pelajar untuk terus meminati tulisan jawi.  .
Untuk sebarang tempahan tarikh bengkel boleh hubungi saya di 019 2095522 
Boleh layari facebook saya Dhuha Rashidi.
---- Sedikit mengenai diri saya.
Saya merupakan penggiat seni khat di Malaysia. Merupakan barisan kecil dari kalangan penulis penulis wanita yang lain. .
Berkecimpung dalam penulisan khat selama 22 tahun. Berpengalaman menyertai pelbagai aktiviti berkait…

Al Quran itu penyembuh

Teks : Dhuha RashidiSelamat pagiMalam semalam tak sempat mengikuti kuliah Maghrib memandangkan kami perlu menjenguk Bapak pula. Dari petang lagi hujan mula turun. Anak anak mula meragam letih. Hari pertama sekolah selepas cuti raya cina katakan.
.Tapi kan, tajuk sebelum itupun pun ada lagi yang belum habis tulis. Ehem! Baca bahan ketawa boleh habis, baca ilmu takkan nak skip ye dak. 😈 Elelelehh 😛 . Tajuk satu ini pun menarik. "Ubat sakit hati".
.Ustaz memulakan kuliah dengan ayat ini.يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَHai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
.Memandangkan aku tidak ada kitab ngaji nya, maka aku cuba semak di tafsir Quran. Oh, Surah Yunus ayat 57.Ustaz kata semasa kuliah, dalam Quran itu terkandung:
1. Nasihat dari T…